Protein penting untuk pembentukan banyak organ & tisu Dalam badan & juga komponen utama kepada hormon manusia. Meransang fungsi psikologi.
Kekurangan protein bole menyebabkan sistem imun kita lemah, masalah terlebih air Dalam badan, kehilangan pepejalan otot.. Otot jd gelebeh, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah & hormon!!!
Protein adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita. Protein sangat penting untuk setiap
fungsi badan. Setiap sel dalam badan kita mengandungi protein, dari kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti jantung, hati dan otak.
# Protein Untuk Badan Yang Lebih Langsing dan Kurus
# Protein Untuk Badan Yang Lebih Kuat & Pergerakan Yang Lebih Baik
# Protein Untuk Daya Tumpuan & Kewaspadaan Yang Lebih Tajam
# Protein Untuk Kulit Yang Lebih Tegang, Cerah dan Awet Muda
# Protein Untuk Tempoh Kehamilan Dan Penyusuan Bayi Yang Sihat
# Protein Untuk Pemulihan Semula Selepas Senaman & Membentuk Tubuh
Pernahkah kita terfikir kenapa protein begitu terkenal di kalangan para atlet dan ahli bina badan? Otot hanya akan berkembang apabila badan anda mengekalkan nitrogen yang mencukupi dan proteinlah yang merupakan sumber nitrogen yang berkesan untuk membina jisim otot pejal. Glutamin merupakan suatu asid amino yang berprestasi tinggi dan berfungsi sebagai pembawa nitrogen utama dalam badan kepada otot rangka untuk menjana persekitaran yang kaya dengan nitrogen yang diperlukan untuk memaksimakan proses penghasilan otot.
Selain itu, sumber-sumber protein yang kaya dengan asid-asid amino rantai bercabang membantu mempercepatkan pemulihan semula otot yang tegang dan tertekan selepas aktiviti lasak.
Antara sebab utama mengapa badan kita masih menunjukkan gejala kekurangan protein walaupun kita banyak makan ayam, daging, ikan. Ini berpunca dari diet yang tidak seimbang kerana untuk protein digunakan tubuh, ia perlu disintesis dahulu menggunakan asid amino. Badan kita tidak menghasilkan asid amino dan kita perlu mendapatknya dari sumber makanan lain seperti sayuran dan kekacang.
Salam Sayang
Zalmin Zakaria
No comments:
Post a Comment