Tuesday 6 October 2015

Kalsium dan KANSER??

Kita semua tau yang kalsium membentuk gigi & tulangxx kita kan.. Korang tautak yang kalsium juga ada hubung kait dengan KANSER.

Badan kita cuma serap 40% kalsium yang kita ambik tetapi 60% lagi tu tak la dibazirkan.
Kalsium membaluti lemak yang berlebihan dalam kolon dan membentuk sebatian yang menyerupaim sabun tidak larut yang kemudiannya diruahkan keluar daripada badan.




Pembalutan ini termasukla produkxx hepar yang dikenali sebagai asidxx hempedu. Sesetengah asid hempedu ini disyaki menyebabkan reaksi dalam kolon yang mungkin meningkatkan kejadian KANSER.

Kalsium boleh mengikat asid-asid hempedu ini dan juga toksinxx usus yang lain. Sebaik jer ia dibaluti, ia akan dibawa keluar dengan selamat melalui perkumuhan.



Satu cara lagi bagaimana KALSIUM bertindak dalam pencegahan kanser ialah dengan memperlahankan proses pembiakan selxx kolon yang berlaku begitu cepat (SATU TANDA KANSER IALAH  PEMBAHAGIAN SELXX YANG CEPAT)

Kajian yang dilakukan oleh Pusat KANSER Sloan-Kettering menunjukkan bahawa pengambilan 1,250mg sehari akan memperlahankan kepesatan pertumbuhan selxx yang melapisi usus.





Salam Sayang,
Mak Yang

No comments:

Post a Comment