Monday, 28 September 2015

Apakah KANSER?

Apakah KANSER??

Kanser sebenarnya merupakan sekumpulan 210 penyakit yang kita kenali secara kolektif sebagai "kanser". Terdapat tiga jenis asas:

1. Karsinoma - ini lazimnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita, termasuk kulit, kolon, buah dada, hepar dan saluran-saluran pernafasan. Ini merupakan bentuk kanser yang paling biasa dijumpai. Mujurlah pemakanan mempunyai kesan terbesar terhadap kanser jenis ini.

2. Sarkoma - Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan, seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

3. Leukemia - Ini merupakan kanser pada tisu-tisu yang membentuk sel-sel darah ataupun pada sel-sel itu sendiri.

Sel-sel kanser bukan seperti sel yang normal. Ia membahagi secara liar, dan membiakkan sel-sel yang tidak normal, disamping menyerang dan memusnahkan tisu-tisu normal.


Bagaimanakah KANSER bermula?

Terdapat beberapa teori mengenainya. Yang paling meluas diperkatakan ialah teori "dua pukulan". Dua peringkat kerosakan mesti berlaku kepada sesuatu sel sebelum ia berpotensi menghidap kanser. Namun demikian, sistem imun yang aktif mampu memberikan banyak perlindungan.

Teori "dua pukulan" terdiri daripada satu PEMULA dan satu PENGGALAK. Nukleus sesuatu sel mengandungi semua data untuk penggandaan normal sel itu. 

Data ini dikenali senagai DNA dan is terkandung di dalam kromosom. Jika banyak kerosakan berlaku pada data "pembahagian sel", ini boleh menyebabkan pembentukan sel yang berasaskan data yang buruk. Ini mungkin suatu sel yang membahagi secara liar dan sel kanser yang menceroboh. Pemulanya lazimnya terdiri daripada radikal bebas yang keluar daripada radiasi, asap rokok dan kimia-kimia yang lain.

Setiap dari kita berhadapan dengan PEMULA & PENGGALAK setaip hari. Barangkali kita menciptakan sel-sel kanser beribu-ribu kali dalam hidup kita. Tetapi sistem pertahanan kita, apabila ia dalam keadaan baik, mampu memberikan kita perlindungan yang begitu teguh. Disini la nutrisi memainkan peranan yang besar.

Oleh itu kata KUNCI bagi pencegahan KANSER ialah mengekalkan sistem IMUN dalam keadaan nutrisi yang optimum.






1 comment:

  1. Ada ye solution untuk kanser. Info baru

    Dapatkan WERDA daripada Faizworld sekarang sebelum kehabisan stok:
    KEISTIMEWAAN WERDA SOFIA

    ReplyDelete