Sunday, 20 September 2015

Apa itu berniaga sebenarnya?

Selama saya dah hidup 49 tahun ni, saya dah kerja makan gaji selama kurang lebih 24 tahun. Penat tak? Memang penat tapi masa tu memang bersemangat nak makan gaji.

Yang tak tahannya bila nak achieve target, nak puaskan hati manusia sampai kadangxx terlupa nak puaskan hati PENCIPTA.

Saya berehat dari dari dunia pekerjaan dalam 4 tahun. Masa tu saya mengandungkan anak yang ke 5. Bapa mertua baru meninggal & mak mertua keseorangan kat Tampin, Negeri Sembilan.

Hebat rasanya masa tu sebab saya dapat menyusukan anak selama 3 1/2 tahun. Walaupun rasa macam terasing dari dunia luar tapi kepuasan diri ada.


Saya kembali ke dunia pekerjaaan apabila keluarga berhijrah ke KUALA LUMPUR. Bermula la rutin kepenatan semula.. Saya bernasib baik apabila mak mertua ikut sekali.


Saya mula kenal dengan dunia perniagaan ni bila kenal SHAKLEE pada tahun 2013. Tak ada niat nak berniaga cuma saya suka share apa yang saya rasa bila dah makan product Shaklee.


  • Cinch Coklat
  • ESP
  • Omega Guard
  • Lecithin
  • Herba lax
Betul la tu... saya mencuba set kurus..



Saya bermula dengan berniaga offline. Pelanggan saya adalah kawanxx ofis saya. Bulan Sept 2013 baru la saya mula berniaga online. Saya create FB Page & 2014 baru la saya create blog ni..

So apa itu berniaga sebenarnya??...

Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya.

Ada banyak jenis berniaga sebenarnya..


  1. pasar malam
  2. online
  3. offline
  4. bukak booth
  5. car booth
  6. import export
Yang saya nak cite hari ni, berniaga online..


Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu . Apa yang   membezakan cumalah platform sahaja .

Ada banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . 

Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet , kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya  dengan lebih cepat .

Segala – galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin di jual mempunyai nilai atau tidak . Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari . 

Inilah dunia perniagaan internet di mana proses jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain . 

Salam Sayang
Zalmin Zakaria



No comments:

Post a Comment