Semua rezeki datang Dari Allah swt. Setiap makhluk Allah telah di bekalkan dengan rezeki yang cukup. Allah swt dah siap kan rezeki untuk setiap makhluknya hingga ke hari KIAMAT.
Ada rezeki yang Diberi secara umum. Mari kita halusi rezeki yang di namakan pembelian RUBUBIYYAH..
Udara- kita tak bole berpisah Dari udara walaupun beberapa minit. Nescaya hilang la nyawa kita. Udara sangat penting, maha penting. Pokokxx Akan menyedut semua kotoran & mengembalikan
kepada alam Dalam bentuk Oksigen. Proses ni berlaku setiap saat. Udara dikawal langsung oleh Allah swt. UDARA adalah rezeki.
Air - Sebahagian daripada permulaan bumi ini adalah air. Permukaan yang luas membolehkan proses pengewapan menjadi sangat pantas. Macam mana Pokok menyedut udara kotor untuk di proses menjadi udara bersih; permukaan air juga begitu.
Proses pengewapan menyaringkan air & meninggalkan segala kotoran di laut & air turun semula Sebagai hujan. Proses ini sebagaimana proses udara adalah dikawal sepenuhnya oleh Allah swt.
AIR adalah REZEKI.
Gunung/ bukit bukau - Disana tersimpan sumber makanan makhluknya; iaitu Dalam bentuk zatxx yang menyuburkan tanah. Apabila hujan turun, semua zatxx itu Akan dihanyutkan ke pelbagai permukaan tanah melalui sungai. Tanah yang subur itu kemudiannya menumbuhkan pelbagai tanaman yang menjadi rezeki kepada makhluk Allah swt.
Semua urusan ini ditadbir oleh Allah swt.
Ini semua adalah pemberian RUBUBIYYAH..
" Kita perlu bekerja kerana Allah menyuruh kita bekerja, tetapi yang memberi rezeki itu Allah swt."
Salam Sayang
Zalmin Zakaria
No comments:
Post a Comment