Monday 13 October 2014

Ayuh Wanita, Jaga kesihatan anda!!!

Sebagai seorang isteri & ibu, wanita sering meletakkan kepentingan diri kita di tempat terakhir. Tu yang Silap.. Patutnya kita Kena letak kepentingan kita esp KESIHATAN di tempat yang paling atas.

Jangan ambik ringan dengan soal kesihatan kita.. Secara logiknya, apabila kita sihat, barula kita mampu menjaga kesihatan seluruh keluarga kita. WANITA selalunya terdedah dengan pelbagai penyakit termasuk pelbagai jenis kanser yang bole mengundang maut.



Kesedaran wanita terhad  kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu ditekankan supaya kita dapat mengelak kan diri daripada berisiko menghidap penyakit berbahaya seperti kanser payudara & kanser serviks yang paling ditakuti..

Ada pemeriksaan yang boleh dijalankan...

PAP SMEAR-


  • Merupakan ujian saringanuntuk mengesan keadaan pra kanser serviks.
  • Procedure mudah iaitu ambik sedikit sel serviks & hantar ke makmal untuk ujian.
  • Wanita berusia 20 - 65 tahun, pernah @ aktif Dalam hubungan seksual
  • Waktu sesuai untuk menjalani pemeriksaan ini ialah pada 10 hari selepas kitaran haid.
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum pemeriksaan kerana bole menyebabkan keputusan tidak tepat.
  • Jalan Ujian ni setiap 2 tahun.


MAMMOGRAM -


  • Merupakan ujian pemeriksaan saringan Sinar X untuk mengesan kanser payudara peringkat awal.
  • Wanita berumur 40 tahun ke atas disarankan menjalani pemeriksaan ini.
  • Tahap radiasinya sangat rendah & selamat
  • Elak guna krim, deodorant, beak @ krim pada payudara Ketika pemeriksaan.
  • Buat ujian selepas haid kerana Ketika ini payudara kurang sensitif.
  • Elak minum minuman kafein selama seminggu hingga 2 minggu sebelum hari janji temu.

No comments:

Post a Comment