Tuesday, 28 October 2014

Elakkan Makanan Pedas & Berempah

Putus haid @ menopaus adalah istilah perubatan yqang bermaksud seorang wanita telah mengalami pusingan haid yang terakhir.

Mengikut artikel yang ditulis oleh Pakar Nutrisi DEMC dalam majalah MIDI, proses menopaus ini mungkin bermula seawal usia 40an ke pertengahan 50an. Proses ini adalah semulajadi didalam tubuh kita.


Menopaus menyebabkan penurunan hormon estrogen di dalam badan secara mendadak. Ini memberi kesan kepada bahagian dalam otak yang mengawal selera makan, hormon, tidur & suhu badan.

Bagi menangani hot flushes ini; wanita seharusnya meningkatkan pengambilan Vitamin E kepada 800mg sehari, pengambilan air, Vitamin B & protein soya.

Elakkan pengambilan gula & kafein yang tinggi (dalam teh @ kopi), sesetengah herba & makanan yang pedas & berempah kerana bole merangsang hot flushes.

Ada juga makanan yang bole membantu, contohnya pengambilan susu & produk tenusu, ikan sardin, brokoli, kekacang yang sangat tinggi kandungan kalsiumnya.

Tapi kandungan kalsium yang diperlukan oleh seorang wanita menopaus adalah lebih tinggi dari wanita biasa. (1200mg berbanding 1000mg). Pengambilan suplemen kalsium dapat mengekalkan tulang yang sihat.

GLA juga diperlukan oleh wanita pra-menopaus & menopaus.

Antara produkxx yang bole membantu:
  • Dong Quai - mengandungi phytoestrogen yang bole meniru estrogen dalam badan
  • Black Cohosh - 20mg pati ekstrak sehari mengandungi bahan aktif dipanggil TRITERPENE GLYCOSIDES yg dapat mengurangkan sympton hot flushes & tulang rapuh.
  • Kacang soya; Red Clover; Saint John's Wort; Motherwort; Maca; Alfalfa; Minyak Flaxseed & Ubi Keladi Liar mengandungi phytoestrogen iaitu bahan semulajadi tumbuhan untuk membantu badan meningkatkan paras estrogen.

Zatxx yang diperlukan:
  • Zat besi & zinc
  • Vitamin D
  • Protein - sekurangxxnya 46mg protein sehari.
  • Omega 3 - ASID LEMAK



No comments:

Post a Comment