Wednesday 17 December 2014

Migrain Lebih Mudah Menyerang WANITA??




A migraine headache can cause intense throbbing or a pulsing sensation in one area of the head and 
is commonly accompanied by nausea, vomiting, and extreme sensitivity to light and sound.
Migraine attacks can cause significant pain for hours to days and be so severe that all you can think about is finding a dark, quiet place to lie down.
Some migraines are preceded or accompanied by sensory warning symptoms (aura), such as flashes of light, blind spots, or tingling in your arm or leg.





Masalah migrain sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki. Apabila seseorang itu diserang migrain, pastinya keadaan tidak selesa dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa kecuali berusaha menghilangkan rasa sakit itu dengan penuh kepayahan.

Migrain ialah serangan sakit kepala pada pelbagai bahagian kepala ataupun pada satu bahagian sahaja. Migraqin juga boleh disulami dengan rasa mual lalu muntah. Orang yang dikatakan menghidap migrain teruk ialah mereka yang diserang sakit kepala lebih 15 kali dalam tempoh sebulan.



Ada kalanya seseorang itu akan mengalami pemandangan berbintik atau silau terlebih dahulu sebelum sakit kepala datang menyerang.

Apabila terasa sakit kepala mahu menyerang, oergila bersendirian di lokasi yang agak gelap dan sunyi. Bunyi bising boleh menyebabkan masalah migrain semakin teruk.



Cara pencegahan:


  • Pilih makanan sihat
  • Sering bersenam atau mengeluarkan peluh
  • Cukup tidur dengan tidur yang teratur
  • makan ubat mengikut nasihat doktor.


Orang yang ada migraine kena makan banyak sayuran berdaun hijau. Antara sayuran yang bagus untuk pesakit migrain ialah bayam kerana bayam mempunyai sumber yang kaya dengan magnesium.





Ikan mempunyai Omega 3 dan kaya vitamin untuk membantu mengelakkan sesorang itu mudah diserang sakit kepala. Produk tenusu rendah lemak seperti susu skim juga dikatakan boleh membantu mengurangkan rasa sakit kepala.




Bagi penggemar kopi, anda pastinya kurang mendapat sakit kepala kerana sering mengambil dalam kehidupan seharian. Kandungan kafein dalam kopi turut boleh membantu mengurangkan sakit kepala. Banyakkan minum air kosong.



Bagi seseorang pesakit migrain, anda selalunya selesa dengan kegelapan. Bergelap bole membantu mengurangkan rasa sakit kepala yang sedang dirasai. Apabila sakit kepala melanda, suasana gelap boleh memberikan kelegaan.

Bagi pesakit migrain, suasana senyap lebih diperlukan. Dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

Ekstra perihal migrain:


  • makan ubat secara teratur mengikut nasihat doktor
  • makan makanan sihat untuk membantu mengurangkan migrain
  • rajin bersenam membantu mengurangkan tekanan sekali gus mengurangkan kesakitan
  • ruang redup atau gelap sangat bagus kala migrain datang menyerang


Salam Sayang
Zalmin Zakaria

No comments:

Post a Comment