Saturday, 13 December 2014

Resepi Butter cake



Resepi Butter Cake.

Rujukan asal : Butter Cake MamaFami


Bahan-bahan :

5 biji telur saiz A
180 gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200 gram tepung naik sendiri - saya gantikan dengan tepung gandum + 3/4 sudu makan rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250 gram butter - saya pakai butter jenama SCS. Konon nak sedap. Memang sedap pun. Sedap bangat..!
1/2 sudu teh esen vanilla.- boleh juga guna orange oil. macam yang Mama Fami guna.

Tambahan-

Chocolate rice untuk ditabur. Takde chocolate rice boleh ganti dengan kismis, badam, chocolate chip. Takde semua ni pun boleh. Tak yah letak apa. Sempoi kan. Yang penting rasa. 

Nanti ada yang tanya. 'Kak Irma kalau nak pakai Buttercup boleh tak?'

Boleh sayaaaanngg.. ;)

Buttercup, Butterlite, Anchor, Tartura, Farmcow dan Fernleaf. Semuanya boleh. Bezanya rasa lah kan. Semestinya butter yang mahal SCS akan menghasilkan kek yang lebih lemak dari segi rasa. Butter yang murah contohnya Buttercup dia merupakan campuran susu dan bahan lain seperti minyak kelapa sawit.

Jadi terpulang pada awak semua lah nak pakai butter jenama mana. 

Cara-cara :

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Leserkan loyang dengan saki baki butter yang ada pada pembalut. Kemudian alaskan permukaan dasar loyang dengan kertas minyak.

Panaskan oven pada suhu 170' C selama 15 minit atau lebih. Oven yang cukup panas lagi memudahkan kek untuk naik semasa tempoh pembakaran.

Ok. kat sini mungkin berbeza. Saya selalu dapat pertanyaan pasal oven. Ada yang kata oven dia kecik. Ada yang kata oven dia tak panas sangat. Saya plak garu kepala. Kadang saya tak dapat nak bagi jawapan yang tepat. Awak semua kena kenal oven sendiri. Macam saya, saya guna oven jenama Zanussi. Biasanya saya panaskan oven 170'C. Bila bakar saya turunkan jadi 160'C. Ada resepi menjadi. Ada resepi kadang terhangit jugak. Saya sendiri masih berkenalan dengan oven sendiri. Setahun masih belum cukup untuk saya betul-betul kenal dengan Baby Zanussi saya. ;)

Dalam satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar dengan kelajuan perlahan selama 2 minit. Bila nampak dah sebati. Naikkan kelajuan mixer. Sampai habis tinggi. Putar sampai adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan. Biasanya saya pukul dalam masa 4-5 minit. Bergantung pada mixer masing-masing.

Pastikan gula dah hancur baru masukkan telur ya. 

Bila butter dan gula dah hancur/sebati. Masukkan telur SATU PERSATU. Masa masukkan telur satu persatu saya perlahankan mixer pada kelajuan sederhana. Dah habis 5 biji saya masukkan satu persatu, baru saya naikkan kelajuan dan putar telur sampai sebati selama 2-3 minit.

Sambil putar, kaup bahagian tepi dinding supaya mereka jugak mendapat kasih sayang mixer yang cukup. :P

Kalau tak leh nak buat 2 kerja sekali gus. Berhentikan mixer. Kaup bahagian tepi. Sambung balik putar.

Masukkan esen vanilla atau jika suka gantikan esen vanilla dengan orange oil. Terpulang. Pilih salah satu. Putar lagi 1-2 minit.

Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Guna kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Kemudian naikkan kelajuan. Putar selama 2 minit. 

Masukkan adunan dalam bekas. Jika mahu taburkan chocolate rice (contoh). Tabur masa ni. Sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar.

Masukkan adunan dalam oven. Bakar selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing. Satu tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.

Sejukkan selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.

No comments:

Post a Comment