Thursday 25 December 2014

Tips Mengatasi Rambut Pecahxx

Kebanyakan lelaki suka melihat perempuan yang berambut panjang. Namun, bagi perempuan, memiliki rambut panjang memerlukan penjagaan yang rapi. Kerana proses penjagaan rambut panjang itu amat rumit sekali. Salah satu masalah yang paling kerap dialami ialah hujung rambut yang pecahxx.
Bagi mengelak dari masalah tersebut, ramai perempuan memilih potongan rambut pendek. Tapi problem ni sebenarnya bukan masalah yang tak dapat diatasi.

Rambut pecahxx biasanya muncul sekali ngan pertumbuhan rambut. Minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak bawah kulit kepala tidak sampai ke hujung rambut, sehingga menyebabkan hujung rambut menjadi lebih kering & pecah.

Antara sebab lain adalah kerana suka warna kan rambut & pengunaan syampu yang tak sesuai.

Tips untuk mengelakkan rambut pecah:

  • memotong rambut setiap 3 bulan
  • lakukan rawatan dengan menggunakan pelembap @ krim
  • memulih @ merawat rambut secara rutin; setiap 8 - 12 minggu jika rambut panjang; 6 minggu sekali untuk rambut pendek.
  • jangan guna hair dryer terlalu kerap
  • sikat rambut dengan cara yang betul
  • sikat rambut sebelum syampu.

No comments:

Post a Comment