Apabila usia menginjak 40-an, anda mungkin mula perasan lebih banyak kedutan dan garis halus sekeliling mata, mulut dan dahi. Malah wajah mula kelihatan kusam.
Namun jika anda mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik, anda
boleh menyerlahkan penampilan wajah dan mengurangkan kemunculan
tanda-tanda penuaan. Ikuti panduan ini.
Kurangkan Mengguna Alat Solek
Apabila wanita mencecah usia 40, mereka cenderung bersolek tebal bagi menutup tanda-tanda penuaan dan menjadikan
kulit mereka kelihatan lebih berseri. Namun ini memudaratkan kulit.
Bedak asas tebal dan solekan berlebihan membuatkan kedutan dan garis
halus makin jelas.
Tambahan pula, kimia dalam bedak padat yang kasar boleh menghasilkan
penampilan yang bertompok dan pengilatan yang ada dalam produk ini
mungkin menyerap ke dalam kulit dan tambah menjejaskan tisu dalaman.
Sebaliknya, gunakan produk penjagaan kulit jenis krim dan menghidrat
yang tidak menjelaskan garis usia tetapi menjadikan kulit nampak licin
dan lembut. Dapatkan alat solek yang mengandungi bahan seperti
petrolatum dan glycerin.
Gunakan Produk Antipenuaan
Sudah tiba masanya mula menggunakan produk penjagaan kulit berumusan
anti penuaan. Produk penjagaan kulit ini mengandungi bahan istimewa yang
membantu melegakan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan.
Pastikan produk itu mengandungi bahan seperti alpha hydroxy dan
retinoids. Dua bahan ini bukan sahaja merangsang penghasilan kolagen di
dalam sel kulit tetap juga membantu memudarkan kemunculan kedut dan
garis halus.
Nilai semula jenis kulit anda Semakin kita happy wheels demo meningkat usia, kulit akan kehilangan kolagen dan fiber keanjalan. Disebabkan itu, kulit cenderung menjadi kering dan kendur.
Walaupun anda berkulit normal sepanjang usia, anda akan mula perasan
kulit menjadi kering apabila meningkat usia. Ini adalah tanda anda perlu
menukar produk penjagaan kulit dan gunakan yang khusus untuk kulit
kering.
Tingkatkan Rutin Penjagaan Kulit Anda
Sehingga kini, anda mungkin mengamalkan rutin penjagaan kulit,
pembersihan, mengelupasan dan pelembapan yang memberi kesan yang baik.
Namun, apabila anda memasuki usia 40-an, anda perlu menilai semula
kulit anda dan meningkatkan rutin penjagaan kulit untuk sesuaikan dengan
perubahan keperluan.
Pada usia 40-an anda akan mula melihat hasil penjagaan kulit anda
selama ini, daripada sinilah anda menentukan penjagaan kulit tambahan
yang diperlukan. Jika anda sentiasa menggunakan tabir suria dan
mengamalkan penjagaan pencegahan, bermakna kulit anda mungkin tidak
menunjukkan perubahan yang banyak.
Namun, jika anda mengabaikan penjagaan kulit selama ini, anda akan
lihat kedutan dan garis halus menjadi lebih jelas apabila anda memasuki
usia 40-an.
Rawat Jerawat
Jerawat adalah masalah kulit biasa ketika usia 40-an kerana naik
turun hormon yang dilalui tubuh. Jerawat pada usia ini adalah masalah
kulit yang serius.
No comments:
Post a Comment