Sunday 14 December 2014

7 STRATEGI MEMASAK DENGAN CEPAT DAN SIHAT .


7 STRATEGI MEMASAK DENGAN CEPAT DAN SIHAT
.

(1) Rancang Menu Dari Awal
Rancang menu untuk seminggu yang akan datang, dan terus senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Melalui cara ini, kita hanya perlu ke kedai sekali untuk membeli bahan2 mentah, dan mengurangkan risiko “tidak cukup ini dan tidak cukup itu” lalu terpaksa ke kedai dalam kepenatan setelah pulang ke rumah. Kita juga boleh merancang menu yg lebih sihat!
.
(2) Beli Bahan Mentah Pra-Potong
Walaupun mungkin menelan sedikit belanja, membeli sayur-sayuran yang telah dipotong (contohnya ‘frozen veggies’) akan banyak menjimatkan masa dan tenaga dalam memasak.
.
(3) Masak 2 kali Ganda
Apabila memasak lauk berkuah atau bersup, masaklah 2 kali ganda banyak. Separuh yang lebih boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan esoknya atau pada waktu makan seterusnya. Kita juga mungkin boleh memasak resipi lain menggunakan kuah atau sup yang disimpan itu. Selain itu, satu lagi cara adalah dengan memasak satu lauk yang utama, yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi. Contohnya, memasak ayam yang boleh digunakan untuk ‘sandwich’, ‘stir fry’ ataupun digunakan sebagai inti pai.
.
(4) Memasak Untuk Makan Seminggu
Cara ini mungkin sesuai bagi mereka yang terlalu sibuk di hari-hari minggu. Jika mempunyai tenaga di hujung minggu, kita boleh memasak semua lauk-lauk untuk seminggu yang akan datang dan simpan di dalam peti sejuk atau ‘freezer’. Dengan cara ini kita tidak perlu risau lagi bila pulang ke rumah kerana makanan sudah ada dan hanya perlu dipanaskan!
.
(5) Masak Banyak-Banyak Dan Bekukan
Jika kita mempunyai ruang yang besar di dalam ‘freezer’, kita boleh memasak dalam jumlah yang banyak dan simpan dalam bahagian-bahagian kecil untuk jangka masa panjang. Atau pun boleh menyediakan burger atau sandwich, bungkus satu persatu dan simpankan sahaja di dalam ‘freezer’.
.
(6) Sediakan Bahan-Bahan Memasak Lebih Awal
Kita mungkin tidak mampu memasak banyak-banyak sekaligus, tapi mungkin mampu untuk menyediakan beberapa bahan mentah lebih awal supaya waktu memasak menjadi lebih cepat dan mudah. Potong sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas kecil, begitu juga buah-buahan, bawang dan sebagainya. Di sinilah pentingnya perancangan yang awal dan teliti dalam merancang menu! Jika kita tahu kita akan memasak ayam goreng petang nanti, keluarkanlah ayam dari peti sejuk sejak pagi supaya ianya telah dinyahbeku apabila kita pulang ke rumah nanti.
.
(7) ‘Slow Cooker’ – Satu Pelaburan Yang Bermanfaat
Ramai para ibu yang menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia! Wah sungguh mudah bukan? Ada lagi bonusnya, anda hanya perlu membasuh satu bekas ahaja, iaitu periuk ‘slow cooker’ itu!
.
p/s: semoga strategi memasak dengan teknik cepat dan sihat ini dapat membantu memudahkan tugas-tugas memasak Sahabat semua...sambil kita memasak jangan lupa doa dan berzikir juga ya 




.
cr to: Dr Marlina Ab Rahman (Ummu Aseeyah)
Biro Wanita & Keluarga

No comments:

Post a Comment