Wednesday 19 August 2015

Putus Asa

Nota JutawanShaklee 9 Jun : Putus Asa
Haritu dalam kelas tafsir kami di ingatkan tentang larangan berputus asa. Kisah Iblis, iblis ni asal dari perkataan balasa maksudnya berputus asa, Kisah iblis yang bila diminta sujud takmo sujud ,pastu berputus asa dengan rahmat Allah, iblis mintak ditangguhkan sampai hari kiamat nak hasut umat manusia. Tuhan benarkan.


Yang saya nak ceritakan kat sini betapa Islam melarang keras kita berputus asa. (nak jadi mcm iblis ka??).. Ada habis Nabi yang juga menekankan tak baiknya putus asa ni
Larangan putus asa ni bukan setakat bila buat bisnes ja. Actually buat bisnes ka makan gaji ka, kita dilarang berputus asa. Kenapa nak putus asa? Rahmat Allah tu luas, Allah maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Pengampun..
tapi kita ni?. Kita ni bila Allah bagi senang, kita happy, tapi bila Allah uji dengan kesukaran, kita pun putus asa
Bukan saya kata ni, tapi semua Allah dah kata dalam AQ
"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
(Hud 11:9)
Jadi pagi2 yang tenang ni, khassnya untuk kita semua yang menjadikan bisnes ni sebagai mata pencarian kita. Ingat yer, jangan putus asa, Kalau dua hari lepas sales kita RM500, lepas tu semalam jadi RM0 ja, JANGAN PUTUS ASA..
Allah bagi kita 'power' yg takde kat org lain. Apa dia power tu?.. iaitu kitab ALQURAN. mengaji lah beserta terjemahan, kita rasa tenang, rasa kuat, menambahkan keyakinan pada DIA
mengadu pada Allah, 'pegang' kitab AQ.. Itu ja cukup.
Sekian nota pagi .. semoga baki 15 hari memberi kejyaan buat kita semua insyaAllah. Kejayaan dunia akhirat
withlove,
PM-C
-------------------------------------
Berikut 4 ayat dalam AlQuran dibawah yg melarang kita berputus asa.Bukan saya yang larang tapi Allah, Pencipta kita. Ada banyak lagi, rujuk lah sendiri ye
-------------
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Yusuf 12:87)
Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
(Al-Hijr 15:56)
Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-'Ankabuut 29:23)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

No comments:

Post a Comment