Friday 9 October 2015

Bawang Putih & KANSER

Suami saya paling tak suka Bawang Putih. Hakikatnya bawang putih sangat berkuasa..

Kegunaan bawang putih dalam perubatan mendahului zaman Hippocrates. Banyak bukti yang didapati mengaitkan bawang putih sebagai jisim ANTI KANSER.



Seorang pakar pemakanan di Pennsylvania State University, John Milner, telah menemui bahawa bawang putih boleh mengurangkan secara mendadak kejadian KANSER payu dara pada tikusxx yang diberi makan kimia penyebab KANSER. " Kami memperolehi 70 hingga 90% pengurangan dalam kejadian tumor," berkata Milner.


Bawang putih mengandungi dengan amaun yang agak banyak keduaxx selenium dan germanium, iaitu dua anasir yang diketahui sebagai mempunyai anti KANSER. 

Ia juga ada beberapa sebatian sulfur yang sangat unik dan namanya amat susah nak sebut ( diallyl disulfide, allyl methyl sulfide dan lainxx ) yang bole mengurangkan pembentukan TUMOR.

Sebenarnya bawang putih mencelah antara transformasi selxx normal menjadi selxx KANSER.


Salam sayang,
Mak Yang




No comments:

Post a Comment