Saturday, 29 August 2015

Resepi Puding Roti Bakar & Sos Kastad

Resepi Puding Roti Bakar & Sos Kastad
BAHAN-BAHAN:
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar mentega (cairkan)
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


CARA-CARA:
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.


1 comment: