Sunday 8 February 2015

Alfalfa




Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.




  • Kaya dengan klorofil; ·Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
  • ·Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan  untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
  • Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu, 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
  • Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
  • Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersi toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.

No comments:

Post a Comment