Thursday 8 January 2015

Kekal Cantik Ketika Hamil



Selain menjaga kesihatan dan pemakanan, wanita hamil juga harus selalu menjaga penampilan baik pada wajah juga tubuh. Tidak perlu berbelanja besar. Cukup dengan memakai pelembap dan losen badan secara teratur. 


Bersenam Dengan Teratur

Dengan bersenam secara teratur badan akan menjadi sihat dan segar serta mencegah tubuh daripada menjadi terlalu gemuk ketika hamil.
Jika anda rajin bersenam ketika hamil juga akan menjadikan jantung berfungsi lebih berkesan sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar. Lakukanlah senaman yang ringan dan mudah seperti berjalan kaki, berenang, yoga dan regangan untuk ibu hamil.



Solekan
Jika bersolek, guna kosmetik yang bersesuaian kulit anda, kerana ketika hamil kulit akan menjadi lebih sensitif. Jika mempunyai masalah pada kulit wajah, sebaik-baiknya berjumpa doktor kulit untuk mengatasinya.


Khasiat Dan Vitamin

Rajinlah mengambil pelbagai jus buah segar yang banyak mengandung Vitamin C, yang dapat membantu penyerapan zat besi agar tubuh terhindar daripada anemia.
Ibu hamil harus pandai mengatur pola makan, makanlah sedikit-sedikit tapi sering untuk mencegah rasa mual kerana perut kosong.
  




Merawat Wajah

Sewaktu hamil wajah akan lebih banyak mengeluarkan minyak pada bahagian pipi, hidung dan dagu yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Bersihkanlah wajah dengan susu pembersih dan penyegar sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Rehat Yang Cukup

Biasakan diri untuk beristirahat pada siang hari, gunakanlah waktu itu untuk mendengar musik lembut, membaca buku, bersantai atau tidur.
Ini dapat membantu merenggangkan saraf-saraf yang tegang menjadi kendur, agar anda kembali segar.



Mandi Secara Teratur

Saat hamil tubuh akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Untuk itu mandi dan bersihkanlah tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari secara teratur.
Apabila mandi badan menjadi segar dan tidur lebih selesa. Setelah selesai mandi sapukan losen badan yang tidak mengandungi minyak zaitun agar kadar minyak pada tubuh tidak terlalu tinggi.

Penjagaan Gigi

Wanita mengandung mudah mengalami sakit gigi jadi berikan tumpuan lebih pada penjagaan gigi dan mulut. Ketika hamil anda juga akan sering mengalami mual dan muntah.
Jadi pastikan anda membersih dan menyegarkan kembali mulut setiap kali selepas muntah. Jangan sampai orang tidak senang berbual dengan anda kerana bau mulut yang kurang enak.




Salam Sayang,
Zalmin Zakaria

No comments:

Post a Comment